Rekabentuk Model 416 Heckler_&_Koch_HK416

Atas masalah ini, HK merangka satu sistem bagi mengatasi masalah sistem alat kerja M4 yang mempunyai kaitan dengan tekanan gas yang tidak efektif. Dengan pengenalan sistem DIGS atau Direct Impulse Gas System, masalah halangan pada M4 tidak berlaku lagi. Ini kerana, sistem DIGS tidak menggunakan gas yang keluar dari lubang khas ke belakang rumah melalui tiub. Selain DIGS, sistem piston serta rod dan spring telah menggantikan tiub aluminium yang sedia ada pada raifal versi M4 atau M16. Bahagian hadapan saluran gas mempunyai satu lubang kecil bagi melepaskan tekanan berlebihan ke udara semula. Berbanding pada M4 yang menggunakan gas yang di sembur ke belakang ke rumah bolt, tekanan gas pada Model 416 hanya menolak kepala bolt ke belakang yang kemudiannya menolak rod panjang. Rod kemudiannya akan menolak perumah bolt kebelakang. Perkara yang positif berkenaan sistem DIGS ini ialah semburan karbon mahupun haba tidak sampai ke bahagian alat kerja senjata. Tekanan, haba dan karbon hanya akan dipindahkan pada kepala bolt manakala kuasa tolakan pula berpindah pada rod dan perumah. Ini menjadikan karbon tidak akan mengotorkan sistem mekanikal pada badan raifal dan secara langsung akan mengurangkan masalah mencuci raifal bagi anggota di baris hadapan. Satu lagi kelebihan yang ada pada sistem ini ialah dengan menghapuskan sistem tiub saluran, raifal boleh digunakan untuk melepaskan tembakan walaupun dari dalam air ataupun ketika anggota yang bersenjatakan sistem ini baru sahaja keluar dari dalam air dan melepaskan tembakan tanpa mengosongkan laras dari halangan air di dalamnya. Laras raifal juga telah digantikan dengan laras buatan HK yang jauh lebih tebal dan terkenal dengan ketahanannya dan mengikut firma tersebut, piawaian yang ditetapkan.

Selain daripada itu HK turut melaksanakan peningkatan yang lain seperti merekabentuk semula bahagian pengimbang tendangan belakang atau buffer dan spring tendang balas, penambahan komponen spring penolak pada bolt dan merekabentuk semula bahagian blok saluran keluar gas dari laras. Bahagian pengadang tangan Model 416 diubahsuai atau digantikan dengan sistem pengadang tangan yang mempunyai landasan Picatinny pada keempat-empat sudut. Pengadang tangan ini boleh dikeluarkan dari posisinya dengan membuka kuncian khas pada bahagian bawah tepi dengan sama adamenggunakan kuncian khas pada tali sling, atau kepala bolt. Tangkai pemegang hadapan turut dibekalkan oleh HK sebagai aksesori yang boleh dipasangkan pada landasan Picatinny di bahagian bawah laras. Bahagian pejera hadapan dan belakang juga ditukarkan dari versi asal M4. Pejera belakang ditukarkan kepada sistem pejera dram sepertimana yang terdapat pada raifal dan submesingan seperti MP5 dan HK 33. Pejera hadapan pula direka dalam bentuk pejera tiang yang boleh dilipatkan ke atas untuk digunakan atau ke bawah jika hendak menggunakan sistem penderia atau pejera optik. Terdapat juga versi yang mempunyai pejera hadapan sepertimana yang terdapat pada MP5. Kelopak yang sebelum ini diperbuat daripada aluminium juga telah digantikan dengan keluli tahan lasak agar ia mampu beroperasi dengan lebih efisyen. Bahagian udi teleskopik raifal direkasemula sepertimana versi M4 sebelumnya.

Rujukan

WikiPedia: Heckler_&_Koch_HK416 http://www.defenseindustrydaily.com/the-usas-m4-ca... http://www.hk94.com/hk416-rifle.html http://www.hkd-usa.com/HKWebNews/byItemID///13//3/... http://www.hkpro.com/hk416.htm http://www.military.com/soldiertech/0,14632,Soldie... http://www.heckler-koch.de/HKWebText/detailProd/19... http://www.aftenposten.no/nyheter/iriks/article173... http://www.mil.no/felles/fms/start/fagomrader/mark... http://www.mil.no/start/aktuelt/nyheter/article.jh... http://world.guns.ru/assault/as75-e.htm